Hari ini telahpun masuk 19 Safar 1435 Hijrah. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi masih diberi peluang bernafas dan menikmati segala nikmat dunia. Rasa berlumpur diri ini apabila memilih tajuk "Hijrah Menuju Syurga" untuk kali ini. Terlampau banyak dosaku di dunia, namun siapa yang tidak mengimpikan manisnya Syurga?
Kini dah tiba penghujung tahun. Hanya tinggal beberapa hari lagi sahaja akan bermulanya tahun baru. Adakah azam tahun baru sama seperti sebelumnya ataupun hanya kata-kata? Nawaitu Lillahi Ta'ala. Permudahkanlah aku dalam mencari agama, petunjuk dan hidayahMu Ya Allah. Dekatkanlah aku dengan orang yang soleh dan solehah Ya Allah.
Ya Allah, terasa kerdil diri ini mengenang dosa-dosa yang lalu. Terasa malu diri ini yang sentiasa meminta-minta dariMu. Sedangkan diri ini hanyut dengan lekanya dunia. Alhamdulillah, kini masih diberi peluang untuk menyesali dosa-dosa lama. Alhamdulillah masih diberi peluang bertaubat pada yang Esa atas dosa-dosa. Ya Allah, redhakanlah, permudahkanlah, terimalah taubat dari hamba-hambaMu :( .
Iman. Allah mengurniakan iman kepada semua orang untuk melihat sejauh mana tahap keimanan seseorang. Mampukah dia melawan hiburan dunia dan meletakkan imannya di darjat yang paling atas atau telah terleka dan hanyut dia dengan dunia. MasyaAllah. Oh Tuhan, kau lindungilah iman kami agar sentiasa mencintai dan mengingatiMu.
Manisnya syurga andai aku bisa menuju ke sana. Bisakah aku? Masih diterimakah taubatku olehNya? Ya Allah. Sungguh, diri ini sangat dahagakan tarbiyyah, sangat dahagakan iman dan hidayah. Permudahkanlah Ya Allah. Berilah aku peluang merasa manisnya Syurga dariMu.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan dunia. Kau kekalkanlah hati ini dengan sentiasa mengingatiMu. Kau dekatkanlah aku dengan segala kebaikan. Kau permudahkanlah aku dalam mencari ilmu dunia dan juga AKHIRAT. Berilah aku kesempatan untuk merasa manisnya SYURGA. Amin Ya Rabb.