Selalu kene macam ni. Selalu orang buat macam ni. Orang dah buat aku macam ni tapi aku degil jugak. Nak jugak cerita masalah kat orang. Nak jugak rapat-rapat share story dengan orang. Kenapa orang selalu datang dan pergi? sedih tahu sedih? hmmmm *mengeluh tak cukup nafas*.
Mungkin lepas ini lebih baik aku pendam. Pendam sedalam-dalamnyaa. Kalau cerita kat orang pun tak guna andai memula kita rapat dengan dia. Then tak semena-mena nak menjauh dari kita. sedih kann? Takpelah hati, sabar. What goes around comes around. Tak perlu pikirin mereka lagi. Now focus kat future.
Cakap pasal future, iols isnin depan 24hb dah kene start masuk office dah. Dah ade tanggungjawab dah. Dah kene cari rezeki sendiri dah. Account Assistant.. Walaupun hanya penolong akauntan, tapi belum start keje lagi dah rasa banyak komitmen kene bagi nanti. Kene fokus betul-betul pada kerjaya. Harus ! nak balas jasa mak ayah kan? May Allah ease the way. Amin ya Rabb.
Esok iols dah kene gerak KL dah. Adududu. Berat je rasa nak tinggalkan rumah tercinta niii. Takpelahh berkorban sikit ye dak? Moga semuanya berjalan dengan lancar seiring dengan niat dalam hati. Doakan iols berjaya dalam kerjaya iols k. Lepas ni maybe susah dah nak update blog ni. Mybe sebulan sekali. Takpun setahun sekali? So sad. But. nevermind ada masa nanti iols update.
Salam sayang. Nah nak tempek gambo sekeping buat tatapan rindu-rinduan.
Assalamualaikum...